24 May 2010

Hamidians 0004 Registration

Name lists sedang diupdate. Nnt bila sudah update nnt saye letak kat sini ye kawan2 :)
Thanks :)

17 May 2010

Tahniah Hani'ah Abd. Rahman!


Tahniah diucapkan kepada Hani'ah Abd Rahman
(5 Ghazali 2004) dan pasangannya Muhammad Azahari
atas pertunangan mereka pada 6 Disember 2009.

InsyaAllah mereka akan melangsungkan
perkahwinan mereka pada
31 Julai 2010 ini (yeay!)

Details akan diberitahu kelak.

Tahniah Hani'ah & Azahari! :)


Jemputan ke Majlis Perkahwinan Halimah Ab. Rahman (3 Umar 2002)





Dengan ini dijemput rakan-rakan ke Majlis Perkahwinan kawan kita, Halimah Ab. Rahman dengan pasangannya, Mohd Khairilnizam Ab. Rahman di MAEPS, UPM pada 19 Jun 2010 ini.

InsyaAllah, nnt kite convoy ramai-ramai and buat mini reunion juga (still dlm perbincangan).

p.s: 19 Jun adalah hari jadi Husna Sadli & Izwan Musai jugak. Hehe :D

Selamat Hari Guru 2010


Guru Pembina Negara Bangsa

Terima Kasih guru-guru SMKA Maahad Hamidiah
kerana mendidik kami sehingga berjaya.


Assalamualaikum :)

1) Sorry blog layout ni busuk sikit. Nnt kite ubah2 kasik chantek2 ok!

2) InsyaAllah, blog ini akan kembali aktif. Hopefully la kan :)

3) Jika ada antara anda semua (yang disayangi di hati) ingin menjadi contributor kepada blog ini utk tulis latest news ke, upload gambar2 program kite (raya, SOLEH, SEMEGA and whatnot), ucapan selamat hari raya ke pengantin baru ke nk upload kad kahwin etc, pls do so. Caranya? Senang saje. Contact me (syud) through email/mobile etc and syud akan add korang jadi blog authors. Takde blog pn xpe. Ok? Jgn malu2 wahai kawan-kawan saya :)

Takecare :)

13 January 2010

PERHATIAN! ATTENTION!

Assalamualaikum wbt



Ada beberapa pengumuman untuk rakan-rakan sekalian:

1. Sila JOIN group PERAMAH (PERSATUAN ALUMNI MAAHAD HAMIDIAH) sekarang jugak. Tekan sini utk menyertai PERAMAH. Mengapa anda perlu join?

  • Kerana kita adalah bekas pelajar Maahad Hamidiah
  • Kerana kita akan dapat merapatkan ukhwah sesama ahli sama ada super seniors dan juga super juniors :)
  • Kerana dengan bekerjasama, kita akan dapat melakukan aktiviti yang lebih terancang dan mengikut bajet yang sesuai (kita kan suka buat aktiviti utk adik2 Maahad kan)

2. Sekiranya ada di antara kalian yang sudi menolong dan membantu mencantikkan/menjaga/memoderatorkan blog ini, sila hubungi saya (Syud la, sape lagi) dengan segera. No telefon ada di bawah ok :)



Itu saja buat kali ini. Salam sayang.

03 January 2010

Tahniah Puan Ewa :)






gambar daripada Facebook Ijan and Anies sbb tukang report tak ada kamera.


Tahniah kepada Ewa (Nur Shazwani Nor Arzemi) dan pasangannya Encik Latif di atas pernikahan mereka pada 1 Januari 2010 dan majlis persandingan mereka pada 2 Januari 2010. Semoga ikatan yang dibina kekal abadi sehingga ke syurga. Semoga perkahwinan kalian sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.Semoga mendapat anak dengan kadar segera hehe :)

Tahniah juga kepada kakak kepada Ewa, Kak Iera di atas perkahwinannya.
Dan kepada ibu bapa Ewa kerana menerima 2 menantu sekaligus. Tahniah! :)


Ewa, slmt pulang ke kelas pada hari esok :P hehe.